01
02c
03
03c
05
previous arrow
next arrow

Mengenai Kami

AAH Legacy Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tuan Haji Wan Hariz ( bertindak juga sebagai mutawwif bagi para jemaah ) dan Dr Mohd Ashraf Abd Hamid untuk membantu para jemaah menunaikan umrah di musim Covid-19 ini dengan selamat. Kami bersama mutawwif yang berpengalaman akan memastikan para jemaah dapat menunaikan umrah dengan sempurna. Nikmati pelbagai kemudahan dalam pakej kami sediakan untuk para jemaah.

Visi

Peneraju umrah dengan bimbingan dan dorongan sempurna agar para jemaah dapat menjalankan ibadah umrah untuk semua golongan tanpa mengira umur dan memastikan keselamatan para jemaah ketika musim Covid-19.

Misi

● Syarikat perniagaan pelancongan muslim yang mempunyai kepakaran, terutamanya dalam pengurusan ibadah umrah.
● Memberi jaminan kepada setiap jemaah mendapat kesempurnaan dalam ibadah umrah.
● Membimbing jemaah dari mula hingga akhir melalui mutawwif terpilih dan terlatih yang akan menggamit memori indah sepanjang hayat.
● Menyelamatkan seramai mungkin jemaah umrah agar mendapat ibadah umrah yang sempurna melalui pakej mampu dan diyakini jujur serta memberi kesan dalam jiwa jemaah.

Penerbangan Terus
Kami memilih penerbangan terus dari KLIA ke Tanah Suci sebagai penerbangan utama. Di samping itu, kami juga menyediakan penerbangan transit bagi mereka yang memerlukan.

Pengangkutan Terbaik
Perkhidmatan bas, coaster atau kereta dalam keadaan terbaik dan berkualiti agar para jemaah merasai pengalaman perjalanan jauh dan dekat yang lebih selesa dan menjamin keselamatan.

Penginapan Selesa
Penginapan disediakan mengikut pakej yang disediakan. Kami berusaha sedaya upaya memastikan para jemaah mendapat hotel penginapan yang selesa, berkualiti dan selamat.

Mutawwif Berkualiti
Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang Mutawwif yang berpengalaman dan bertanggungjawab bagi melancarkan urusan umrah para Jemaah yang kami sangat kasihi.